Monday, June 25, 2012

Makan la sama-sama...

Tengok gelagat si kecik ni..g kedai..belum spai rumah lg dh pegang dia punya..takut kakak2 nya ambik la tu..


posted from Bloggeroid

Thursday, June 21, 2012

Happy Belated Birthday..

19hb June..Selasa lepas...birthday anak yang sulung..Farah Hanis..genap sudah umur 15 tahun. Happy Belated Birthday to Anis..semoga menjadi anak yang solehah dunia & akhirat, menghormati org tua dan semoga berjaya dengan cemerlang dalam perperiksaan PMR nanti..InsyaAllah.

 Ni la dia orangnya...

Bukan main suka lagi dia bila dapat hadiah dari kawan2..dah besar pun dapat hadiah jugakkan...

Ni la antara barang yang dia dapat...maaf la ye gambar tak berapa terang..

Bulan Syaaban


Assalamualaikum semua... hanya ingin berkongsi..

Hari ni 21/6 bersamaan dengan 1 Syaaban 1433. Cepat sungguh masa berlalu...dan tak lama lagi masuk bulan Ramadhan..InsyaAllah. Dapat email dari sorang kawan mengenai kelebihan-kelebihan di bulan Syaaban. Antara kelebihan amalan di bulan Syaaban adalah seperti berikut :
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
Oleh itu marilah kita sama2 mencari keredhaan Allah selagi kita masih diberi peluang olehNya untuk bernafas di dunia yang sementara ini…Wallahualam..


Monday, June 18, 2012

Tiba-tiba rasa teringin.....

Assalamualaikum..
Kisah malam tadi..sambil tengok tv...perut rasa macam kenyang..tapi teringin nak makan sesuatu...apa yer?? Terus bagitau en hubby..dan dia dengan rajinnya pegi la keluar membeli...oo patut la sanggup keluar rupanya dia pun teringin juga nak makan..hahaha..

 tadaa...ini lah dia yang dimaksudkan...tiba2 je rasa tingin nak makan...
 sedappkan...nyam..nyam...

Sunday, June 17, 2012

Breakfast pagi tadi...

Salam hari minggu semua..
Dan nak ucap Selamat Hari Bapa kepada semua yang dah bergelar bapa ye..
Hari ni tak kemana-mana pun..rasa nak berehat je kat rumah..sesuai la dengan cuaca kat luar tu yang tak berapa nak panas..ala-ala mendung gitu..yang bestnya t/hari ni tak payah nak masak lagi...sebab pagi tadi dah masak nasi lemak utk breakfast..biasanya kalau masak nasi lemak ni mesti masak lebih..bole la sampai t/hari sekali kan..haha..

 
 ayam goreng berempah pun ada...
 jom makan...
 oppp..lupa pulak...kuih ni pun ada...tapi bukan saya buat tau..cuma goreng saja...

Monday, May 28, 2012

lunch hari ni...

T/hari tadi kita g keluar lunch bersama-sama dengan bff (apa tu bff?? best friend forever la.)...tekak ni terasa macam nak makan yang masam2 dan pedas2 jer...kitaorg pun pilih la yg ni....

Nasi Goreng Thai & Tomyam Seafood..

dan air nii....cuba teka air apa?? yang hijau pekat tu kedondong asam boi dan yg satu lagi tu semestinya air kegemaranku...apple asam boi...

Dah dapat yang masam & pedas...nak yang ni pulak....Pavlova...tp agak manis sikit...bahaya ni kalau makan selalu...

ole-ole cuti sekolah...

Salam semua..
Hari ni kat opis kita ni sunyi sepi jer...mana tak nye.. ramai yang sambung cuti bawa anak g jalan2 sempena cuti sekolah ni ...kita ni terpaksa la keja kan..sbb ni turn kawan2 lain kat  group ni pulak bercuti...dulu diaorg dah cover masa saya bercuti panjang hari tu..ikut giliran la ye..kalau sekali gus bercuti 'tutup kedai' la jawabnya...


Minggu ni rasa lega la sikit...anak2 cuti sekolah...so tak la sesibuk minggu lepas...lagi pun En hubby dah balik dari outstation...Alhamdulillah...Jom tengok apa la ole-ole yang dia beli kat sana tu??


tengok tu sekotak dia bawa balik..suspen je nak bukak..apa la kat dlm tu yer??

tadaa...laa ini la rupanya barang kat dalam kotak tu...kerepek..kita pun tak tahu apa nama kerepek ni...biasa sebut pisang bersalut tepung je..

kek pun ada..
ole-ole untuk budak2 dan mak budak...he..he..ini je la yang sempat dibeli katanya...sbb tak byk masa utk bershopping...apa2 pun tqvm ye my dear..